Anda pelajar universiti yang sibuk dengan pelajaran tetapi inginkan tip-tip sihat untuk menjaga berat badan, diet dan kecergasan? Ikutilah 10 tip mudah.
- 1.Jangan skip breakfast! Berdasarkan pemerhatian dan  pengalaman sendiri, kebanyakan pelajar selalu meninggalkan sarapan  samada sengaja atau tidak. Saya faham, mungkin ada yang terlewat nak ke  kelas, sebab tu tak sempat nak sarapan. Kajian mendapati bahawa amalan  meninggalkan sarapan akan mempengaruhi tumpuan pelajar di dalam kelas.  Jadi, apa kata selepas ini anda latih diri anda untuk bangun lebih awal  daripada biasa atau cuba elakkan sambung tidur selepas solat Subuh. Anda  akan ada masa yang cukup untuk bersarapan sebelum ke kelas.
 
- 2.Makanan segera? Makanan segera dan status pelajar ni  memang tak dapat nak dipisahkan! Mungkin anda rasa bosan nak makan  makanan yang sama saja setiap hari, jadi pilihan yang terakhir adalah  MAKANAN SEGERA! Tak kiralah samada maggi ke, KFC, PIZZA HUT dan segala  macam lagi jenis makanan segera yang ada. Oleh itu, jika anda  betul-betul nak makan makanan segera, buatlah pilihan dengan bijak.  Contohnya anda ada pilihan samada nak pilih pizza tanpa keju, atau  burger saiz kecil, atau kentang rebus, atau potato wedges tanpa keju!  Bukan belajar saja kita harus bijak, memilih makanan juga perlu bijak!
 
- 3.Makan berkalsium tinggi Cubalah makan makanan  berkalsium tinggi! Susu antara pembekal kalsium yang sangat tinggi.  Kalau anda jenis yang tak suka minum susu, anda boleh cuba makan makanan  lain seperti yogurt rendah lemak, keju rendah lemak, sayur-sayuran.  Pssst, kepada yang tak suka minum susu tu, apa kata anda cuba minum susu  berperisa. Misalnya, perisa coklat. Anda pasti akan kurang rasa mual.
 
- 4.Kurangkan berat badan Kalau anda perlu kurangkan  berat badan, jangan sampai crash diet pulak. Cara yang paling baik untuk  mengurangkan berat badan adalah apabila anda berasa baik dan gembira  melakukannya. Jangan rasa terpaksa. Teruskan usaha, dan amalkan makan  makanan yang seimbang.
 
- 5.Kurangkan pengambilan gula. Kepada yang tidak tahu,  gula juga menyumbang kalori di dalam diet anda. Gula juga penyebab utama  kepada kerosakan gigi. Oleh itu, kurangkan pengambilan gula, dan ganti  pengambilan gula dengan makanan semulajadi seperti buah-buahan dan  sayur-sayuran.
 
- 6.Banyakkan minum air. Biasanya pelajar mudah berasa  mengantuk di dalam kelas. Ini mungkin disebabkan anda berjaga malam  untuk mengulangkaji pelajaran. Apa kata anda bawa sebotol air semasa  anda pergi ke kelas. Badan anda memerlukan sekurang-kurangnya 8 gelas  air sehari. Dan kalau anda rajin bersenam, anda memerlukan air lebih  dari itu. Air satu-satunya minuman yang mempunyai 0 kalori. Jadi, tak  kan gemuk punya kalau anda banyak minum air pun! ;)
 
- 7.Berdisiplin! Anda perlu latih diri anda supaya  berdisiplin semasa makan. Jangan makan semasa menonton televisyen atau  makan sambil berbaring di atas katil. Ini akan menyebabkan anda tidak  sedar akan kuantiti makanan yang anda telah ambil.
 
- 8.Mayonis lebih, please? What? Ada di kalangan anda  fikir bahawa makan sayur-sayuran seperti salad bersama buah-buahan dapat  mengurangkan pengambilan kalori dalam pemakanan. Dan kebanyakan anda  juga yang akan makan salad dan buah-buahan bersama macam-macam dressing  seperti mayonis dan thousand island sebagai penambah sedap. Sedap memang  sedap. Tapi kalau anda ambil terlalu banyak mayonis dan thousand island  mahupun keju, anda sebenarnya telah mengambil kalori yang mungkin sama  atau lebih banyak berbanding jika anda makan burger atau kentang goreng!
 
-  9.Snack time! Sebagai seorang pelajar, anda mesti  selalu tidur lewat sebab nak study, siapkan assignment, projek dan  sebagainya kan? Dan selalunya, anda akan rasa lapar di tengah-tengah  malam. Kalau tak rasa lapar pun, anda mesti rasa nak mengunyah sesuatu  untuk hilangkan mengantuk dan bosan kan? Jadi, untuk mengelakkan anda  makan makanan yang kurang baik seperti gula-gula, burger, atau maggi,  apa kata anda simpan snek-snek yang lebih baik untuk di makan. Sebagai  contoh, bijirin, kekacang, buah-buahan segar dan kering, atau biskut  bijirin penuh!
 
-  10.Ingat! Makanan bukan sekadar untuk menggembirakan  perut dan tekak, tetapi ia adalah salah keperluan untuk hidup. Tetapi,  makanan juga boleh memudaratkan sesetengah orang. Oleh itu, anda harus  pandai memilih apa yang anda ingin suapkan ke mulut anda.
 http://kevinzahri.com/blog/health-fitness/10-tips-diet-sihat-pelajar-universiti/
 

3 Komentar
ada permainan seru yang menanti anda untuk memenangkan hadiah nya hingga jutaaan rupiah..
Balasayo segera daftar kan diri anda di ionqq*co.m
pin BB : 58ab14f5
AJOQQ menyediakan 8 permainan yang terdiri dari :
BalasPoker,Domino99 ,BandarQ,BandarPoker,Capsa,AduQ,Sakong,Bandar66 ( NEW GAME )
Ayo segera bergabung bersama kami di AJOQQ :)
Bonus : Rollingan 0.3% dan Referral 20% :)
agen365 menyediakan game : sbobet, ibcbet, casino, togel dll
Balasayo segera bergabung bersama kami di agen365*com
pin bbm :2B389877