~~Bila  kekasih… 
mengundang aku pulang… 
mahligai menanti penuh gemilang… 
bila  kekasih menyingkap tabir cinta… 
tiada terbatas dengan kata-kata…
~~Dapatkah aku membalas dengan air mata… 
tanda syukur menerima setelah sekian lama… 
menghamba hidup pada dunia…
~~Seribu tahun takkan sama… 
sesaat bersatu dalam nyata… 
kerana kasih ku sanggup korbankan… 
jasad dan nyawa…
~~Terang bulan kerana mentari… 
hadir bayang kerana cahaya… 
begitulah cinta kita…
~~Tiada jarak pemisah lagi… 
tiada garis sempadan budi… 
aku terima dan jua memberi… 
seikhlas hati…
~~Seribu tahun dan sejuta langkah… 
seribu tahun bersinar cinta… 
kita bertemu di penghujung rindu…
(Makna Lirik)
~~Lagu  yang mengisahkan tentang taubatnya seorang hamba. Itulah yang  diungkapkan dengan “Bila kekasih mengundang aku pulang”. DIA telah  melorongkan jalan hidayahNya pada hamba-hamba yang dikehendakiNya. Jalan  hidayah yang penuh dengan liku-liku dan warna keinsafan. Apabila DIA  mula menunjukkan erti sebenar zat, sifat, af’aal dan asmaNYA… maka  tidaklah boleh terungkap dengan sebarang bentuk kata-kata. Kerana itu  adalah sesuatu yang sangat indah…
~~Gugurnya  airmata keinsafan itu adalah tanda hati seorang hamba yang lemah. Lemah  dengan Hakikat Cinta Allah yang begitu agung, suci dan tiada ragu-ragu  padaNya lagi. Maka bersujud syukurlah sang hamba dalam keikhlasan  menerima jalan Allah setelah hampir separuh kehidupannya tewas dan  tunduk pada nafsu dunia…
~~Sesaat  walau sedetik tajallinya zat Allah itu adalah lebih berharga daripada  kehidupan yang panjang bak beribu tahun. Kerana Kasih Hakiki itulah sang  hamba sanggup mengorbankan apa sahaja bahkan perkara yang paling  berharga iaitu nyawanya sendiri. Kerana ‘mati’ itu adalah lebih baik  daripada bernyawa. Itulah syarat untuk bertemu DIA.
~~Bulan  bersinar kerna adanya sang mentari… wujudnya bayangan kerana adanya  cahaya. Begitulah perumpamaannya bagi mereka yang telah mengenali siapa  itu ALLAH.
~~”Aku  berada dekat sekali dengan hambaku lebih hampir daripada pembuluh  halkum mereka”. Apabila tiba di peringkat makrifatullah, itulah yang  akan dirasai oleh sang hamba. Memberi dan menerima cintaNYA dengan hati  yang terbuka. Bukan hanya sebesar nyiru..bahkan seluas mata memandang  ikhlas Diri menerima cinta Dia. 
makna lirik dr http://sofya-mencaridiri.blogspot.com/2012/06/di-sebalik-lirik-penghujung-rindu-jamal.html

3 Komentar
Bosan main poker sama ROBOT? Kapan menangnya?
BalasMari bergabung bersama kami di IONQQ'NET , main poker tanpa Robot 100% player vs player,,,
Add bbm kami *58ab14f5*
Balasingin mendapatkan uang banyak dengan cara cepat
ayo segera bergabung dengan kami di fanspoker''com
add pin bb 55F97BD0 ditunggu ya
agen365 menyediakan game : sbobet, ibcbet, casino, togel dll
Balasayo segera bergabung bersama kami di agen365*com
pin bbm :2B389877