Tidak perlu berbelanja mahal beli alatan gim, buat kolam renang dan sebagainya.
 Apa yang perlu cuma mengenali kebiasaan kita dan sedikit kemahuan untuk kekal kurus dan sihat. 
Kali ini saya nak kongsi petua dan cara kekal kurus dan sihat dengan cara yang paling murah dan mudah tetapi berkesan.
1. Senaman Berterusan
Badan  perlu digerakkan untuk membakar kalori dan lemak terkumpul serta  membantu badan mengagihkan keperluan nutrisi lebih efisien ke bahagian  tertentu mengikut keperluan. 
Berjalan,  skipping, regangan berterusan selama 30 minit sehari (setiap pagi)  secara berterusan lebih digalakkan berbanding membuat senaman agresif  tetapi tidak konsisten.
2. Tidur Awal
 Setelah seharian bertungkus lumus, tindakan berjaga sepanjang malam adalah tindakan yang kurang cerdik. 
Badan  berupaya membaiki sendiri setiap kali seseorang tidur malam hari, dan  proses baikpulih badan selalu lebih efisien jika waktu tidur adalah  sama. 
Tidur  tidak tentu, lambat laun boleh mendatangkan mudarat. Jadi penting untuk  kita tidur awal sebagai langkah paling mudah mengelakkan penyakit.
3. Makanan Kesihatan (Supplement)
 Jika anda  bukan seorang yang mengamalkan cara pemakanan yang sihat dan seimbang,  pengambilan makanan kesihatan adalah cara paling mudah mengekalkan  kesihatan badan. 
Sesetengah  vitamin dan mineral penting untuk melawan penyakit, dan jika anda tidak  berselera makan sayur, kekacang dan buah-buahan sekurang-kurangnya  sekali dalam setiap hari waktu makan, cara paling mudah adalah makanan  tambahan atau supplement.
Pilihan terkini adalah yang makanan kesihatan organik berasaskan herba.
4. Berfikir Masak-masak Sebelum Masuk Program Kuruskan Badan
 Program  kuruskan badan bukannya tidak elok, namun ada alternatif lebih murah dan  kekal lama untuk mendapat hasil badan yang kurus dan sihat.
5. Makan Lebih Sayuran, Kurangkan Daging Merah, Kopi, Gula dan Garam
 Agak susah diamalkan sebab bagi sesetengah orang, sayur bukan kegemaran. 
Namun cara paling mudah tentunya makan lebih sayuran. 
Kata mahu  sihat, jadi kenapa perlu makan makanan memudaratkan, seterusnya telan  ubat, dan kemudian masih terdesak memikirkan kesihatan diri yang  terjejas?
Sedangkan  dengan mengamalkan pemakanan yang sihat sekaligus akan menyebabkan semua  risiko berkaitan masalah kesihatan diri boleh dikurangkan.
6. Jangan Tinggalkan Makan Pagi
 Seseorang yang meninggalkan makan pagi majoriti akan merasa teramat lapar pada sebelah petang dan malam. 
Walaupun  pada siang hari nampak bagus kurang makan, namun makan pada malam hari  boleh mengganggu proses kebiasaan badan akibat keperluan proses  pencernaan makanan tidak konsisten.
Ini  menyebabkan banyak makanan disimpan sebagai lemak seterusnya menyebabkan  seseorang yang meninggalkan makan pagi makan lebih banyak berbanding  orang yang tidak meninggalkan makan pagi.
7. Jangan Makan Hidangan Tidak Lengkap
 Badan  boleh menyerap nutrien secara lebih baik jika ketiga-tiga elemen penting  karbohidrat, lemak tidak tepu dan protein diambil bersama.
8. Jangan Berlapar
 Makan ketika terlalu lapar selalunya menjadi penyebab anda makan secara berlebihan. 
Seharusnya  anda makan ketika baru terasa lapar, kunyah secara perlahan dan ini  membolehkan anda mengawal pemakanan secara lebih baik.
9. Elakkan Tekanan
 Berada dalam tekanan boleh menjadi punca risiko sakit. 
Elakkan  sumber stress seperti berada dalam kesesakan trafik: asap kereta, bunyi  hon kuat dan sebagainya, spray rambut, racun serangga dan lain-lain  bahan kimia adalah memudaratkan tidak kira betapa baik gaya hidup sihat  yang kita amalkan. 
Jangan menyuntik racun ke dalam diri kita, walaupun secara tidak terus.
10. Selalu Basuh Tangan
 Elakkan sakit dengan selalu basuh tangan. 
Kecuali  akibat demam dan selesema, sesekali berada dalam kotoran bakteria dan  patogen boleh melatih badan membina sistem imun yang lebih baik. 
Namun bagi  seseorang yang berumur, separuh usia, kerap demam dan selesema bukan  pilihan terbaik untuk menikmati cara hidup sihat.
11. Jaga Tindakan & utamakan keselamatan
 Tidak  berbaloi jika segala perkara diatas dilaksana sebaik mungkin tetapi  akhirnya anda dilanggar mati oleh bas kerana anda tidak menggunakan  jejantas.
 Walaupun anda sihat, tidak bermakna anda kebal, jadi sentiasa jaga tindakan untuk orang tersayang.
12. Pemeriksaan Doktor Berjadual
 Rasa sihat tidak bermakna anda betul-betul sihat secara dalaman. 
Selalulah  lakukan pemeriksaan kesihatan seperti tekanan darah, kandungan  kolesterol dan lain-lain secara berjadual. Contoh paling mudah: HIV  bukan pembunuh, jika dikesan awal.
Sumber:http://www.blog.khaltamarplus.com/2010/12/cara-paling-malas-dan-murah-untuk-kekal.html 

9 Komentar
F4ns Bett1ng agen judi online aman dan terpercaya
BalasJangan ragu, menang berapa pun pasti kami proseskan..
yuk gabung bersama kami di ^ionQQ^com
Balasmenangkan hadiah'nya hingga jutaan rupiah
tunggu apalagi guys, yuk daftarkan segera diri anda sebelum terlambat..
pin BB : 58ab14f5
Balasingin mendapatkan uang banyak dengan cara cepat
ayo segera bergabung dengan kami di fanspoker''com
add pin bb 55F97BD0 ditunggu ya
Depo 20ribu bisa menang puluhan juta rupiah
Balasmampir di website ternama I O N Q Q
paling diminati di Indonesia
AJOQQ menyediakan 8 permainan yang terdiri dari :
BalasPoker,Domino99 ,BandarQ,BandarPoker,Capsa,AduQ,Sakong,Bandar66 ( NEW GAME )
Ayo segera bergabung bersama kami di AJOQQ :)
Bonus : Rollingan 0.3% dan Referral 20% :)
mari segera bergabung dengan kami.....
Balasdi ajoqq^^com...
segera di add black.berry pin 58CD292C.
WwW-AJoQQ online-c0m | bonus rollingan 0,3% | bonus referral 20% | minimal deposit 15000
ayo segera bergabung dengan kami di ionqq**
Balasadd pin black.berry 58ab14f5 || ditunggu ya**
Bosan tidak tahu mau mengerjakan apa pada saat santai, ayo segera uji keberuntungan kalian
Balashanya di D*EW*A*P*K / pin bb D87604A1
dengan hanya minimal deposit 10.000 kalian bisa memenangkan uang jutaan rupiah
dapatkan juga bonus rollingan 0.3% dan refferal 10% :)
Balasbingung pulang kerja tidak tahu mau mengerjakan apa
ayo di tunggu apa lagi segera bergabung dengan kami
di i/o/n/n/q/q kami tunggu lo ^^